Monday 29 April 2013

Majlis Khatam Tahfiz Al-Quran di Surau Al-Mawaddah

Assalamualaikum...
Pada hari Sabtu bertarikh 20 April 2013 bersamaan 9 JamadilAkhir 1434H, telah berlangsung Majlis Khatam Tahfiz Al-Quran 2 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Haziq (MTAH) Taman Puchong Prima bertempat di Surau Al-Mawaddah Pangsapuri Orkid.

Pelajar-pelajar yang diraikan adalah Adik Lukman Hakim Bin Baharin dan Adik Muhammad Nazrul Afiq Bin Baba. Majlis turut disertai dan disaksikan oleh ibubapa pelajar, ahli keluarga, Ahli Jawatan Kuasa Bantuan Pengurusan MTAH, Ahli Jawatan Kuasa Surau Al-Mawaddah serta ahli kariah Surau Al-Mawaddah. Terlebih dahulu, pada minggu yang lepas seorang lagi pelajar MTAH telah pun khatam hafazan Al Quran dan melangsungkan majlis di kediaman ibubapanya di Bandar Tasik Selatan iaitu Adik Amirul Asyraff Bin Ahmad Kamal Azmi.

Dari kiri: Adik Amirul Asyraff, Adik Muhammad Nazrul dan Adik Lukman Hakim Al-Hafiz
Majlis pada malam tersebut telah bermula selepas solat Magrib dipengerusikan oleh Ustaz Zamri Bin Mohamad dan diserikan dengan alunan Qasidah oleh MTAH.


Alunan Qasidah
  






Jemaah Surau Al-Mawaddah

Ahli keluarga pelajar & kariah surau 

Pelajar-pelajar MTAH

Akhir kata, sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah bergelar Al-Hafiz dan selamat berusaha kepada yang lain. Semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Sunday 21 April 2013

Gotong Royong Pembersihan Tapak Masjid Jamek Puchong Prima

Assalamualaikum w.b.t.
Sebagaimana yang telah dirancangkan, aktiviti "Gotong Royong Pembersihan Tapak Masjid Jamek Puchong Prima" telah berjalan lancar dengan izin Allah.
Kehadiran sahabat-sahabat dari kariah surau di dalam kawasan Taman Puchong Prima juga para penduduk berhampiran seramai lebih daripada 70 orang sejak jam 8:00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11:00 pagi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, para penyumbang, para penyokong dari jauh mahu pun dekat. Hanya Allah jua yang mampu memberikan ganjaran setimpal kepada kita. Mudah-mudahan rahmat Allah kurniakan kepada kita semua dalam mencari redhaNya di dunia apatah lagi di akhirat kelak...
Penyelaras Gotong Royong - Saudara Azhar Samsudin
Pengerusi AJK Pembinaan & Pengurusan Masjid Jamek Puchong Prima ( Dr. Abdullah Yusof - T-shirt Oren)

Kerja-Kerja Pembersihan


















Sebahagian tapak sudah diterangkan...Alhamdulillah


Jamuan tajaan Surau Al Muqaddim Pangsapuri Lili





Gotong Royong kali ke-2, insyaAllah akan menyusul...
Terima kasih semua...Jazakallah


Friday 12 April 2013

PROGRAM GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TAPAK MASJID JAMEK PUCHONG PRIMA

Assalamualaikum...Tuan/Puan/Dato'/Datin,

AJK Pembinaan dan Pengurusan Masjid Jamek Taman Puchong Prima merancang untuk menjalankan "Aktiviti Gotong Royong Perdana" bagi membersihkan tapak masjid pada tarikh dan waktu seperti berikut:-

Tarikh : 21 April 2013 (Ahad)
Waktu: 8:30 ~12:00 pagi
Banner Gotong Royong di Tapak Masjid Jamek

Penglibatan seluruh penduduk Taman Puchong Prima adalah sangat dialu-alukan. Sebarang pertanyaan dan sumbangan daripada semua boleh disalurkan kepada mana-mana AJK.

Jazakallah..

Mesyuarat (3) AJK PEMBINAAN DAN PENGURUSAN MASJID JAMEK TAMAN PUCHONG PRIMA

Assalamualaikum...
Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dengan izin Allah bertempat di Surau Al Muqaddim Pangsapuri Lili.

Tarikh    :         12hb April 2013 (Jumaat)
Masa      :          9.00 malam
Tempat  :         Surau Muqaddim, Pangsapuri Lili







Wednesday 10 April 2013

Laporan Majlis Kesyukuran dan Penghargaan di Surau As-Solihin






Notis Mesyuarat (3) AJK Pembinaan dan Pengurusan Masjid Jamek Taman Puchong Prima


KEPADA:-

AJK PEMBINAAN DAN PENGURUSAN MASJID JAMEK TAMAN PUCHONG PRIMA

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat (3) Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengurusan Masjid Jamek Taman Puchong Prima akan diadakan seperti ketentuan berikut:-

Tarikh    :         12hb April 2013 (Jumaat)
Masa      :          9.00 malam
Tempat  :         Surau Muqaddim, Pangsapuri Lili

AGENDA:-
i)        Pengesahan Minit Mesyuarat (2) Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengurusan
       Masjid Jamek Taman Puchong Prima.
ii)      Perkara-perkara berbangkit.
iii)    Laporan kewangan dari Bendahari.
iv)    Penyusunan semula struktur Biro Dana  dan mengenal pasti cara-cara mengutip dana.
v)      Gotong-royong pembersihan tapak masjid.
vi)   Hal-hal lain.