Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “ Wahai
orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi
orang-orang yang bertaqwa ”.(Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa : Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari
segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah
terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa
1.
Wajib
2. Sunat
3. Makruh
4. Haram
Puasa wajib :
Puasa yang
dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa
nazar.
Puasa Sunat :
1.
Puasa dalam bulan
Sya’ban
2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
3. Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
4. Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
5. Puasa pada hari Isnin dan Khamis
6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
7. Puasa satu hari berbuka satu hari
8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang
yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram
dan Rejab
Puasa
Makruh :
1.
Menentukan hari
untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
2. Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
1.
Puasa sunat
seorang perempuan tanpa izin suaminya
2. Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
3. Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari
Tasyrik
4. Puasa perempuan haid & Nifas
5. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana
berpuasa
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1.
Syarat-syarat
wajib
2. Syarat-syarat sah
Syarat wajib
1.
Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Berupaya(sihat) 5. Bermukim
Syarat Sah
1.
Islam 2. Berakal 3. Bersih daripada haid & Nifas
sepanjang hari 4. Niat
Rukun Puasa
1. Niat - Menahan diri dari
makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2.
Masa Puasa - Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam
matahari
Faedah Puasa
1.
Melahirkan
perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2.
Mendidik nafsu
& jiwa kearah kebaikan
3.
Dapat merasai apa
yang ditanggung oleh golongan miskin
4.
Puasa merupakan
perbuatan taat kepada Allah
5.
Mendidik budi
pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6.
Puasa mengajar
seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7.
Puasa mengajar
kesabaran dan berperaturan
8.
Puasa menyebarkan
perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
- Makan Sahur
serta melambatkannya
- Menyegerakan
berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang
manis
- Menjamu
orang-orang yang berbuka puasa
- Mandi
junub,haid dan nifas sebelum fajar
- Memperbanyakkan
ibadah dan berbuat kebaikan
- Membaca
Al-Quran
- Beriktikaf
terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika
berpuasa
- Berbekam
- Mengeluarkan
darah
- Berkucup
- Merasa makanan
- Bersugi
selepas gelincir matahari
- Mencium
wangian
Perkara yang
membatalkan puasa
- Memasukkan
sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
- Makan dan
minum sepanjang hari
- Muntah dengan
sengaja
- Bersetubuh
atau keluar mani dengan sengaja
- Keluar darah
haid dan nifas
- Gila
- Pitam atau
mabuk sepanjang hari
- Murtad
Keuzuran yang
mengharuskan berbuka puasa
- Musafir
- Sakit
- Mengandung dan
Ibu yang menyusukan anak
- Tua
Keistimewaan Bulan
Ramadhan
- Bulan yang
mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
- Al-Quran
diturunkan dalam bulan ini
- Iblis
dipenjarakan
- Terdapat malam
yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
- Solat tarawikh
dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan
Ramadhan
- Kita hendaklah
mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita
seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan
bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah
sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi
untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
- Kita hendaklah
berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam
di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak
membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil
yang baik di masa hadapan.
Niat Puasa dan
Qadha’ Puasa Ramadhan
1.
Lafaz niat puasa
fardhu Ramadhan :
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan
fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2.
Lafaz niat puasa Qhada’
Ramadhan :
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana
ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan
denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya
Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan
Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang
membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang
keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang
tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia
berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada
hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana
tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin
(secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa
yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan
itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.(Surah Al-Baqarah
Ayat 184)
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
a.
Waktunya selepas
bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun
qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah
contohnya seperti di hari raya.
b.
Adapun bagi orang
yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya
datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam
bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah
(denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang
terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan
kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1.
Membebaskan
seorang hamba yang beriman
2.
Jika tiada hamba
untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
3.
Jika tidak mampu
berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang
mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang
miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan
sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga
Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala
:
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang
tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia
berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada
hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin
(secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa
yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan
itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah
Al-Baqarah Ayat 184)
Sebab-sebab wajib
Fidyah
1.
Tidak mampu
melakukan ibadah puasa
2. Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3. Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan
mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4. Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya
datang lagi.
Sumber: Jakim