Assalamualaikum w.b.t.
Sebagaimana yang telah dirancangkan, aktiviti "Gotong Royong Pembersihan Tapak Masjid Jamek Puchong Prima" telah berjalan lancar dengan izin Allah.
Kehadiran sahabat-sahabat dari kariah surau di dalam kawasan Taman Puchong Prima juga para penduduk berhampiran seramai lebih daripada 70 orang sejak jam 8:00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11:00 pagi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, para penyumbang, para penyokong dari jauh mahu pun dekat. Hanya Allah jua yang mampu memberikan ganjaran setimpal kepada kita. Mudah-mudahan rahmat Allah kurniakan kepada kita semua dalam mencari redhaNya di dunia apatah lagi di akhirat kelak...
  | 
| Penyelaras Gotong Royong - Saudara Azhar Samsudin | 
  | 
| Pengerusi AJK Pembinaan & Pengurusan Masjid Jamek Puchong Prima ( Dr. Abdullah Yusof - T-shirt Oren) | 
  | 
| Kerja-Kerja Pembersihan | 
  | 
| Sebahagian tapak sudah diterangkan...Alhamdulillah | 
  | 
| Jamuan tajaan Surau Al Muqaddim Pangsapuri Lili | 
Gotong Royong kali ke-2, insyaAllah akan menyusul...
Terima kasih semua...Jazakallah
 
 
No comments:
Post a Comment