Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang
berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang
dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui
khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah
lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada
waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa
terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari
untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal
kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W
yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat
dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik
hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang
terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.
Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih
dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk
oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah
tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk
kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat
berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 1) Allah ciptakan Adam , 2) Allah
turunkan Nabi Adam ke bumi,3) Allah mematikan Nabi Adam, 4) Pada hari itu juga
ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah
akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 5)
Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun,
sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin,
gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari
tersebut.( Riwayat Hadis Muslim)Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda
yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan
ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak
terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal
daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat
Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia
hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada
setiap amal ibadat yang dilaksanakan.Selain itu, hari Jumaat juga merupakan
satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta
pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.Rasulullah bersabda:
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor
unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor
lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti
berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia
seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat
kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”Apabila imam naik ke
mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru,
sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.Malaikat
Turun ke Bumi Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi,
mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit
menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka
yang datang ke masjid.Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke
muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada
perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid,
dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka
kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama
mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya
Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu
dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.Apabila imam naik ke
mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru,
sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.Melalui
penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan
dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(YAKIM)Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
No comments:
Post a Comment