Sunday 23 February 2014

Resit Rasmi Sumbangan Wakaf Masjid Jamek Puchong Prima

Assalamualaikum...
Berikut adalah resit rasmi sumbangan wakaf Pembinaan & Pengurusan Masjid Jamek Taman Puchong Prima. 
Keterangan berkenaan Resit #1 & Resit #2.

Resit #1: Resit sumbangan yang diterima oleh AJK yang mendapat kebenaran daripada MAIS untuk membuat pungutan khairat (sila rujuk "Dokumen Rasmi"). Sumbangan akan terus dikreditkan ke dalam akaun rasmi "JK Pembinaan Masjid Jamek Tmn Pch Prima", No Akaun: 562777216635. Resit ini tidak melayakkan penyumbang untuk membuat tuntutan pengecualian dari Cukai Pendapatan LHDN.   

Resit #1

Resit #2: Resit sumbangan yang diterima oleh AJK/Pegawai yang diberi kuasa oleh MAIS bagi menulis dan menandatangani resit Majlis Agama Islam Selangor (sila rujuk "Dokumen Rasmi"). Sumbangan akan terus dikreditkan ke dalam akaun Saham Wakaf Selangor. Resit ini melayakkan penyumbang untuk membuat tuntutan pengecualian Cukai Pendapatan LHDN.

Resit #2


No comments:

Post a Comment