Saturday 16 February 2013

Pengenalan


Taman Puchong Prima yang berlokasi di Puchong, Selangor adalah sebuah taman perumahan yang serba lengkap dan kini mempunyai jumlah kepadatan penduduk sebanyak 21,000 orang dan dianggarkan 70% daripadanya beragama Islam. Kepesatan pembangunan perumahan yang sedang rancak dibina dan bila sudah siap kelak nanti akan menambahkan jumlah bilangan penduduk/jemaah  dan ini tidak termasuk dengan taman-taman yang berdekatan iaitu Taman Tasik Prima (13,500 orang) dan Taman Puchong Tekali (3,800 orang). Buat masa kini pun, masjid-masjid yang sedia ada dan didalam lingkaran 3km dengan Taman Puchong Prima seperti Masjid As-Salam, Puchong Perdana dan Masjid Istiqomah, Kg Sri Langkas, Puchong dilihat tidak mampu menampung bilangan penduduk/jemaah terutama pada hari solat Jumaat.

Diatas faktor ini dan menyedari masaalah yang bakal akan timbul sekiranya tiada usaha-usaha bersepadu diambil, maka Persatuan Penduduk Taman Puchong Prima (PERTAMA) melalui Mesyuarat Agung ke Empat pada 4/4/ 2012 telah meluluskan satu resolusi iaitu membenarkan PERTAMA membuat permohonan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mendirikan masjid diatas tapak lokasi yang telah digazetkan oleh pihak pemaju, Primaharta Development Bhd.

JAIS  melalui surat  (no rujukan: (2)dlm.JAI.Sel.BPM/01/023/85) bertarikh 11hb September 2012 telah bersetuju memberi kebenaran dan meluluskan permohonan PERTAMA untuk membina sebuah masjid tetap di tapak lokasi yang digazetkan dengan menggunakan sumber peruntukan sendiri.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui surat (no rujukan: MPSJ.260/1/133 Jld. 6 (39)) bertarikh 15 Oktober 2012 juga telah memberi pengesahan mengenai tapak masjid yang dikenali sebagai Lot 65083, Persiaran Utama, Taman Puchong Prima, Puchong, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor yang berkeluasan 4.51 ekar.

Berikutan dengan kelulusan yang di beri oleh JAIS dan MPSJ,   melalui mesyuarat pada 7/11/2012 AJK Masjid Jamek Taman Puchong Prima telah membentuk sebuah jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Pembinaan dan Pengurusan Masjid Taman Puchong Prima yang di pertanggunggjawab untuk merancang dan menguruskan projek pembinaan masjid. Pihak AJK Masjid menganggarkan kos sebanyak
RM15.0 - 20.0 juta dan mensasarkan siap pada tahun 2017-2018 juga tertakluk dengan  keizinan serta peruntukan dana kewangan.

AJK Pembinaan dan Pengurusan Masjid  Jamek Taman Puchong Prima telah mencadangkan dan menetapkan bahawa kompleks Masjid Jamek Taman Puchong Prima mempunyai dua (2)
komponen  iaitu:-
1. Kompleks Masjid Utama yang boleh menampung seramai 5,000 jemaah pada suatu masa. Serta mempunyai:-
· Dewan serbaguna yang boleh memuatkan 1000 orang.
· Urusan pengurusan jenazah yang serba lengkap.

2. Kompleks Sekolah Agama KAFA yang boleh memuatkan 1,000 murid

Masjid yang dicadangkan ini bakal dijadikan sebagai Pusat Aktiviti sosial bagi memenuhi keperluan penduduk Islam setempat.


No comments:

Post a Comment