Sunday 21 April 2013

Gotong Royong Pembersihan Tapak Masjid Jamek Puchong Prima

Assalamualaikum w.b.t.
Sebagaimana yang telah dirancangkan, aktiviti "Gotong Royong Pembersihan Tapak Masjid Jamek Puchong Prima" telah berjalan lancar dengan izin Allah.
Kehadiran sahabat-sahabat dari kariah surau di dalam kawasan Taman Puchong Prima juga para penduduk berhampiran seramai lebih daripada 70 orang sejak jam 8:00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11:00 pagi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, para penyumbang, para penyokong dari jauh mahu pun dekat. Hanya Allah jua yang mampu memberikan ganjaran setimpal kepada kita. Mudah-mudahan rahmat Allah kurniakan kepada kita semua dalam mencari redhaNya di dunia apatah lagi di akhirat kelak...
Penyelaras Gotong Royong - Saudara Azhar Samsudin
Pengerusi AJK Pembinaan & Pengurusan Masjid Jamek Puchong Prima ( Dr. Abdullah Yusof - T-shirt Oren)

Kerja-Kerja Pembersihan


















Sebahagian tapak sudah diterangkan...Alhamdulillah


Jamuan tajaan Surau Al Muqaddim Pangsapuri Lili





Gotong Royong kali ke-2, insyaAllah akan menyusul...
Terima kasih semua...Jazakallah


No comments:

Post a Comment